Thank you for visiting my blog. Hope you will learn a thing or more from here. Please feel free to contact me or leave a comment :)


TEMPAHAN BAJU RAYA 2014 SUDAH TUTUP.. DAH FULLHOUSE.. TQ

BERMINAT BOLEH CALL OR SMS 012-2429171 (PN ROSLINA)

BAGI YANG BERMINAT DENGAN KAIN COTTON BOLEH PM KE
https://www.facebook.com/MadeFromCotton?ref=hl

HARAP MAKLUM,


TERIMA KASIH

Monday, December 1, 2014

Tempahan Menjahit Pakaian Yang Pelanggan Perlu Tahu

Kadang-kadang menjadi dilema tukang jahit menerima tempahan menjahit. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum memotong kain, menjahit, menyiapkan jahitan dan seterusnya meletak harga upah menjahit.

Saya senaraikan beberapa perkara yang perlu pelanggan tahu.

1. Harga upah mahal. Selalu pelanggan merungut tentang upah jahitan. Ada yang membandingkan harga di tempat lain yang lebih murah. Katanya di kampung upah baju kurung baru RM 22.00 - RM 25.00. Saya sebenarnya begitu kagum dengan tukang jahit yang menawarkan harga antara RM22.00-RM25.00. Bagi saya mereka ini seperti menawarkan perkhidmatan sukarela dan sanggup bekorban untuk pelanggan.

Saya juga pernah menawar sehelai RM25.00 semasa berada di Sungai Petani dahulu.

Katakan sepasang baju kurung RM22.00. Seminggu tukang jahit boleh menjahit katakan sepuluh pasang baju. Upah untuk seminggu baru sahaja RM220.00. Sebulan baru dapat RM880.00. Bawah dari gaji minimum.

Sesetengah tukang jahit hanya ada mesin jahit biasa sahaja. Jahit tepi perlu hantar ke kedai lain. Bayangkan berapa upah yang tukang jahit dapat. Itulah nasib tukang jahit yang hanya bergantung seratus peratus kepada kerja menjahit dan tidak mempelbagaikan perkhidmatannnya.

2. Kain tak mencukupi.  Pembeli hanya membeli kain ikut kata penjual kain yang tak tahu apa-apa tentang kerja menjahit. Ada kain yang diterima tak sepadan dengan ukuran pemakai.

Bila tukang jahit menerima kain, mereka perlu memikir dan meneliti dahulu bagaimana cara nak potong kain mengikut ukuran yang diberi atau ukuran pada baju contoh atau corak bunga pada kain.

Setiap pelanggan mempunyai ukuran yang berbeza-beza. Kadang-kadang kain yang diberi tidak mencukupi. Ini cukup memeningkan kepala tukang jahit. Kain pula ada berbagai-bagi jenis corak dan bunga. Ada kain yang berjalur, corak berkaki, corak bunga satu arah dan macam-macam lagi.

Potong kain buka boleh ikut suka hati. Ia mesti mengikut arah bunga, jalur dan kedudukan kain kaki corak. Ukuran pelanggan juga bermacam-macam. Ada yang kecil, besar, gemuk kurus, tinggi dan berbagai ukuran. Kalau yang besar, gemuk kadang-kadang kain memang tak cukup. Akibatnya mereka menyalahkan tukang jahit jika kain tidak cukup kononnya tukang jahit tidak pandai memotong dan menjahit pakaian.

Saya cadangkan kepada pelanggan yang membeli kain, ikutlah ukuran berikut. Ukuran adalah anggaran untuk memudahkan kerja tukang jahit. Kalau tak cukup kain mungkin tukang jahit terpaksa menolak tempahan.

Kalau badan yang besar dan gempal. Ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.

Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.

Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja. Tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.

Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain  lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.

Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.

Kadang-kadang kalau nak siapkan juga tempahan terpaksa sambung di sana sini untuk menyiapkan juga tempahan. Kerja lebih tetapi harga upah tetap sama.

Kain yang terbaik adalah Kain yang tidak berkepala atau berekor atau corak berkaki. Kain jenis ini paling senang untuk dipotong. Tetap sama jugak coraknya atas dan bawah, kiri atau kanan kalau pusing ke arah mana sekalipun. Inilah kain pilihan tukang jahit. Kain boleh jimat.

3.Kain berbatu. Kain jenis ini memang susah nak jahit sebab batu pada kain boleh patahkan jarum. Tukang jahit terpaksa buang batu dahulu. Kadang-kadang baju boleh koyak jika batu melekat kuat pada kain. Sebab itu tukang jahit terpaksa caj lebih.

4. Baju berlining. Lining adalah lapisan tambahan di dalam baju. Membuat baju berlining seperti membuat dua helai pakaian. Jadi tukang jahit terpaksa caj double.

5. Kain dengan material yang mudah meregang (kenyal). Ada sesetengah tukang jahit tidak mempunyai mesin untuk menjahit kain seperti ini contohnya seperti kain lycra. Kerja renyah tetapi kadang-kadang harga sepasang baju masih sama.

5. Baju atau kain rosak kerana silap potong. Ini juga boleh terjadi. Tukang jahit biasanya mencuba untuk mencari ganti. Dahlah rugi kena buang masa lagi nak cari kain, nak jahit semula dan lain-lain. Kalau tak jumpa kain yang dicari terpaksalah mengaku kepada pelanggan dan membayar ganti rugi.

6. Baju atau kain perlu direpair. Pelanggan tak puas hati kerana baju yang siap tak seperti mana yang diminta atau tak sedap dipakai. Biasanya tukang jahit akan minta balik baju atau kain yang nak direpair. Ini juga membuang masa tukang jahit. Perkara ini sebahahagian dari tugas tukang jahit. Tiada caj dikenakan.

7. Baju atau kain yang siap tak sama dengan baju contoh. Ramai pelanggan yang menghantar baju contoh untuk tempahan. Tukang jahit akan mengukur exactly seperti ukuran baju contoh. Ada juga pelanggan yang komplen baju atau kain tak sedap dipakai sedangkan ukuran exactly seperti baju contoh. Pakai tak sedap juga kadang-kadang menyalahkan tukang jahit. Oleh diharap sangat-sangat supaya pelanggan menghantar baju contoh yang betul-betul sedap dipakai.

8. Ada juga pakaian yang dibuat atau dibeli di tempat lain dihantar untuk repair. Biasanya saya tidak akan terima kecuali yang saya sendiri yang jahit. Saya hanya terima kalau untuk potong kaki kain yang labuh atau tukar zip sahaja. kalau nak kecil atau nak besarkan baju memang tak terima kerana setiap tukang jahit mempunyai cara tersendiri untuk menjahit yang mungkin tak sama dengan tukang jahit lain.

9. Baju nak segera (urgent). Tukang jahit banyak menerima tempahan. Jadi perlulah ikut Q. Kalau nak segera. Perlulah tukang jahit caj lebih. Terutama sekali baju yang susah dibuat.

10. Tempahan last minute terutama di hari raya. Terpaksalah tukang jahit tolak kerana lebih baik tolak awal-awal dari baju tak siap. Kalau tak siap pelanggan akan marah.

11.Baju Fesyen. Ada permintaan dari pelanggan untuk buat membuat baju mengikut fesyen tertentu. Ada juga yang datang dengan design tersendiri. Tukang jahit akan caj lebih untuk pakaian berfesyen ini.

12. Baju dengan tambahan aksesori. Ada juga pelanggan minta untuk tambah aksesori seperti jahitan manik, jahitan border lace, sulaman dan lain-lain. Bayarannya kadang kala berlipat kali ganda. Pelanggan kena faham bahawa harga manik, border lace bukannya murah. Lebih baik pelanggan beli sendiri dan tukang jahit hanya jahit sahaja.

13. Tempahan menjahit online. Ini juga memeningkan kepala tukang jahit jika pakaian dah siap tidak seperti yang jangkaan pelanggan. Kos penghantaran bukannya murah. Pelanggan sendiri perlu menanggung kos penghantaran jika hendak memulang semula kepada tukang jahit untuk repair. Itu yang saya amalkan.

14. Tukang jahit tidak sihat. Sebagai manusia, tukang jahit juga kadang-kadang sakit. Kalau sakit terpaksalah tutup mesin jahit. Tiadalah produktiviti pada hari tersebut. Lambatlah siap baju pelanggan. Ini menjadi kritikal pada musiam perayaan seperti hari raya.

15. Mesin jahit rosak. Di saat kita memerlukan khidmatnya atau 'waktu kecemasan', dia buat perangai pula. Bayangkan pada masa tekanan dari pelanggan meningkat. Terutamanya nak siapkan sebelum hari raya, mesin pula rosak. Nak panggil tukang repair, datang pula lambat. Ini juga melambatkan tempahan.

16. Mungkin juga berlaku pelanggan susah membuat bayaran.

Ini la serba sedikit berkaitan harga yang kadang-kadang pelanggan pertikaikan....


Saturday, October 26, 2013

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG..

ASSALAMUALAIKUM

Kepada semua, harini saya berbesar hati untuk mengwar-warkan bahawasanya tempahan untuk jahitan baju sudah dibuka semula setelah lama berehat.  si kecik pun dah nk masuk 5 bulan..jadi kepada sesiapa yang berminat nak buat tempahan secara online atau pun terus kepada saya boleh call 012-2429171.  harga dan cara tempahan boleh rujuk page order and price.

Setakat ini sahaja..

Sekian terima kasih..

Monday, July 22, 2013

TEMPAHAN DIBUKA SEMASA BULAN RAMADHAN. TAHUN 2013

ASSALAMUALAIKUM..

Berkaitan topic yang diberikan, dengan berbesar hatinya si tailor ni nak luangkan masa untuk mengambil tempahan baju raya bagi tahun 2013.

Tailor baru sahaja lepas tempoh berpantang bagi anak yang kedua. Sangat happy tahun ini boleh beraya bersama baby girl. Ibu leh ler melaram baju sedondon ngn baby girl..hihihi.. lari topic plak.

ok kita ke topk asal.  bagi sesiapa yang berminat untuk tempah baju boleh la PM ke page saya yer..

https://www.facebook.com/MadeFromCotton?ref=hl

Tempahan hanya untuk 3 pasang baju kurung Pahang sahaja.
CEPAT BERTINDAK YER. TAKUT POS LAJU JEM PULAK DEKAT2 NAK RAYA NANTI.

Friday, July 12, 2013

ALHAMDULILLAH RAMADHAN MENJELMA LAGI..

ASSALAMUALAIKUM....

ALHAMDULILLAH RAMADHAN MENJELMA LAGI..

Lamanya xupdate blog nih..  sampai dah kuar pun baby yg sorang nih..
Al maklum la ibu-ibu mengandung ni, kejap ok kejap x ok.. dah abis sesi mengandung, sekarang sesi berpantang la plak.. sibuk ngn sikecik la plak.. Alhmadulillah tinggal 1 hari jer lagi sesi berpantang dah nk berakhir.. ^6^.. suke..suke..suke..

Bertarikh 30.05.2013 jam 9.20pm, Liena telah selamat melahirkan seorang baby perempuan yang comel. nk tgk wajah dia?.. Meh Liena masukkan sikit pic2 yang berkaitan.. hihihihi


 ini la rupanya baby baru Liena. 
Diberi nama AFIA MYIESHA BINTI MUHAMAD TAUFIK.


 Liena bersama hero kesayangan..
masa ni dah 37 mgu.
saja ikut si ayah g buat keje dekat Alor Star.
makanya tgu la dalam keta n xtau buat apa..


 
 pic ni saja nk tgk muka si abg n si adik ada sama x waktu kecik2 camni..
nmpak ada persamaan jugak kan?? hihi.. so sweet n cute.. sayang anak-anak ibu..



 Si abang yang penyayang..
nak jugak ribakan adik dia.
hope besar nanti leh la si abang jaga si adik dengan baik.. ^6^

Sepanjang mengandung aritu ada la jugak ambil tempahan. Tapi dari teman-teman rapat saja. Bagi raya tahun ni xde la Liena ambil tempahan.. juz siapkan baju yang diberi sebelum bersalin je la..
Sekarang ni  Liena ada jual kain-kain cotton yang cantik-cantik n datangnya dari vietnam.. Klu ada sapa-sapa yang baca blog ni n berminat nk tgk kain-kain yang Liena jual boleh la ke page dibawah


Klu sapa-sapa yang beli kain dari page diatas n nak tempah trs kat Liena, sure diterima punya lah..
Plan lepas raya ni ada mcm2 dah kat kepala ni. hope kerja-kerja jahitanku berjalan dengan lancar. harap jugak sikecik tu x banyak ragam coz sepanjang berpantang baby AFIA sangat-sangat la baik.

sampai disini dulu update kali ni.
bila dah bersedia untuk mengambil tempahan nanti Liena bagtau ok.. abis berpantang ni juz jahit baju seisi keluarga saja la.. nk tgk baju apa Liena buat untuk raya tahun nih?? Tunggu post akan datang...

sekian... ^6^


Friday, December 7, 2012

BEREHAT SEKETIKA DARI KERJA JAHIT MENJAHIT

Alhamdulillah...
ALLAH memberiku rezeki lagi.  Dah 3bulan lbh baby dalam rahimku ini. Disebabkan itu kesihatanku agak kurang memberangsangkan.. So untuk memastikan bby sihat dan membesar dengan baik, si ibu terpaksa la kena berhenti menjahit dan berehat seketika.

Rasa mengantuk agak agak melampau dari awal kehamilan hingga 2,3 hari yang lepas.  Tp Alhamdulillah sekarang berasa agak nak keadaan normal.  Cuma bila buat kerja sikit ja badan mula letih lebih. Tempahan ada la sikit2 yang diambil sebelum yang belum siap.  So hajat hati nak setlekan yang mana ada ni dulu sementara kesihaan dah rasa ok sikit dari sebelum nih..

Harap maaf bagi tempahan yang lambat siap tuh coz kesihatan saya..

sekatakat sini saja update kali ini.. DAAAAAAAAAAAAA.... ^V^

Monday, October 1, 2012

Serba sedikit alatan jahitan yang dibuat sendiri

Assalamualaikum semua..
Salam 1 Malaysia...

Ce teka alatan apa yang boleh dibuat sendiri untuk kegunaan kita dalam menjahit nih..
Meh I tunjukkan sikit.. Semua ni blh guna kat barang-barang terpakai.  Xperlu menbazir pun. Hidup ni perlu la berjimat cermat kan??. hihihihi.. I amik kotak susu anak I jer tuk buat semua nih. Meh I tunjuk rupanya.





Ini adalah kotak yang dibuat untuk menebuk lubang leher baju kurung.  I buat dari saiz kecil 10 1/2" sampai la ke  20".. saiz kecil dah tentu la untuk baju kurung kanak-kanak dan yang paling besar slalunya untuk baju melayu.. 

 Yang kat atas tu saiz paling kecil 10 1/2".  Yang kat sebelahnya tu pulak saiz paling besar 20".



I buat saiz 10 1/2", 13 1/2", 14", 15", 16", 16 3/4", 17", 17 3/4", 18 1/2, dan 20"



see.. klu alih kebelakang nampak la rupa kotak susu lactogen anak I. hihihihi. kitar semula la katakan.. ^v^



ok pic kat atas n kat bawah tu nak tunjuk apa beza orang berleher kecil ngan orang yang berleher besar.  Orang berleher kecil n biasa ni juz guna 1/2 inci jer untuk kelonggaran kat belakang tengkok dia... 


Bagi orang yang berleher 17" keatas selalunya kena 3/4 inci untuk kelonggaran kat belakang tengkok dia.. Nak tahu kenapa? coz orang yang berleher besar ni ada lelemak sikit kat belakang tengkok dia, so kena la lbh sikit untuk keselesaannya..


pic kat atas ni pulak digunakan untuk membuat baju Melayu. Ada bentuk untuk bentukkan kocek atas n bawah baju melayu, tulang atas n bawah butang maju melayu n leher cekak musang.....


Sebenarnya ada bayank lagi yang boleh dibuat mcam nih.. contohnya, leher baju kemeja, ceongsam n banyak la lagi.. Tapi untuk post ni I nak tunjuk ini je la dulu.. Yang lain-lain jarang guna.. Yang kat atas tu jer slalu digunakan so tunjuk yang itu je la.. 


       ^v^



Mesin apa yang digunakan

Assalamualaikum semua...

Kali ni I amik kesempatan nak update sikit blog ni. kali ni I nak tunjuk mesin apa yang I gunakan dalam menjalankan aktiviti menjahit I.  I guna mesin biasa-biasa jer.. tapi mesin high speed la. Setakat ni I baru ada 2 mesin asas.. 1st mesin jahit lurus n 2nd tentu la mesin jahit tepi.. Meh kita tengok macam mana rupa dia.




Ni la rupanya mesin jahit lurus I..  jenama YAMATA.  Jenama ni datangnya dari China. Uncle yang jual mesin ni cakap mesin ni banayk digunakan dikilang-kilang yang mengeluarkan hasil jahitan..  Jarang isi rumah guna jenama nih.  Slalu dengar jenama Brother n Singer je kan yang famous.. Sepanjang guna mesin ni xde apa2 masalah yang timbul.. Dah hampir 2tahun mesin ni bersamaku... 





Ni rupa paras mesin jahit tepi I.  Jenama dia pun jarang-jarang isi rumah dengar kot.  Nama dia ZOJE. Mula-mula benang dia putus I agak serabut nak pasangkan balik. Tapi sekarang dah agak pandai mengendalikannya.. ;-).  Abaikan latar belakangnyer yer.. hihihihihi.


Harga bagi  kedua-dua mesin ni RM3000 ++. Dah xigt la yg ++ tu berapa. Beli mesin-mesin ni dekat pekan rawang coz dulu dok kat sana.  Disebabkan secara mengejut kami berpindah ke peneng, so mesin-mesin ni pun dibawa bersama...


Setakat ini sajalah update post kali ni..

selamat menjahit... :-)