Thank you for visiting my blog. Hope you will learn a thing or more from here. Please feel free to contact me or leave a comment :)


TEMPAHAN BAJU RAYA 2014 SUDAH TUTUP.. DAH FULLHOUSE.. TQ

BERMINAT BOLEH CALL OR SMS 012-2429171 (PN ROSLINA)

BAGI YANG BERMINAT DENGAN KAIN COTTON BOLEH PM KE
https://www.facebook.com/MadeFromCotton?ref=hl

HARAP MAKLUM,


TERIMA KASIH

Monday, October 1, 2012

Serba sedikit alatan jahitan yang dibuat sendiri

Assalamualaikum semua..
Salam 1 Malaysia...

Ce teka alatan apa yang boleh dibuat sendiri untuk kegunaan kita dalam menjahit nih..
Meh I tunjukkan sikit.. Semua ni blh guna kat barang-barang terpakai.  Xperlu menbazir pun. Hidup ni perlu la berjimat cermat kan??. hihihihi.. I amik kotak susu anak I jer tuk buat semua nih. Meh I tunjuk rupanya.





Ini adalah kotak yang dibuat untuk menebuk lubang leher baju kurung.  I buat dari saiz kecil 10 1/2" sampai la ke  20".. saiz kecil dah tentu la untuk baju kurung kanak-kanak dan yang paling besar slalunya untuk baju melayu.. 

 Yang kat atas tu saiz paling kecil 10 1/2".  Yang kat sebelahnya tu pulak saiz paling besar 20".



I buat saiz 10 1/2", 13 1/2", 14", 15", 16", 16 3/4", 17", 17 3/4", 18 1/2, dan 20"



see.. klu alih kebelakang nampak la rupa kotak susu lactogen anak I. hihihihi. kitar semula la katakan.. ^v^



ok pic kat atas n kat bawah tu nak tunjuk apa beza orang berleher kecil ngan orang yang berleher besar.  Orang berleher kecil n biasa ni juz guna 1/2 inci jer untuk kelonggaran kat belakang tengkok dia... 


Bagi orang yang berleher 17" keatas selalunya kena 3/4 inci untuk kelonggaran kat belakang tengkok dia.. Nak tahu kenapa? coz orang yang berleher besar ni ada lelemak sikit kat belakang tengkok dia, so kena la lbh sikit untuk keselesaannya..


pic kat atas ni pulak digunakan untuk membuat baju Melayu. Ada bentuk untuk bentukkan kocek atas n bawah baju melayu, tulang atas n bawah butang maju melayu n leher cekak musang.....


Sebenarnya ada bayank lagi yang boleh dibuat mcam nih.. contohnya, leher baju kemeja, ceongsam n banyak la lagi.. Tapi untuk post ni I nak tunjuk ini je la dulu.. Yang lain-lain jarang guna.. Yang kat atas tu jer slalu digunakan so tunjuk yang itu je la.. 


       ^v^



Mesin apa yang digunakan

Assalamualaikum semua...

Kali ni I amik kesempatan nak update sikit blog ni. kali ni I nak tunjuk mesin apa yang I gunakan dalam menjalankan aktiviti menjahit I.  I guna mesin biasa-biasa jer.. tapi mesin high speed la. Setakat ni I baru ada 2 mesin asas.. 1st mesin jahit lurus n 2nd tentu la mesin jahit tepi.. Meh kita tengok macam mana rupa dia.




Ni la rupanya mesin jahit lurus I..  jenama YAMATA.  Jenama ni datangnya dari China. Uncle yang jual mesin ni cakap mesin ni banayk digunakan dikilang-kilang yang mengeluarkan hasil jahitan..  Jarang isi rumah guna jenama nih.  Slalu dengar jenama Brother n Singer je kan yang famous.. Sepanjang guna mesin ni xde apa2 masalah yang timbul.. Dah hampir 2tahun mesin ni bersamaku... 





Ni rupa paras mesin jahit tepi I.  Jenama dia pun jarang-jarang isi rumah dengar kot.  Nama dia ZOJE. Mula-mula benang dia putus I agak serabut nak pasangkan balik. Tapi sekarang dah agak pandai mengendalikannya.. ;-).  Abaikan latar belakangnyer yer.. hihihihihi.


Harga bagi  kedua-dua mesin ni RM3000 ++. Dah xigt la yg ++ tu berapa. Beli mesin-mesin ni dekat pekan rawang coz dulu dok kat sana.  Disebabkan secara mengejut kami berpindah ke peneng, so mesin-mesin ni pun dibawa bersama...


Setakat ini sajalah update post kali ni..

selamat menjahit... :-)